ADAB adalah satu cetusan idea Yayasan Restu dan Nasyrul Quran bagi melahirkan masyarakat yang memiliki akhlak dan moral yang tinggi. Adab ialah perkataan bahasa Arab yang membawa maksud budi pekerti yang halus, tingkah laku yang baik, berbudi bahasa dan kesopanan.

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-`Alaq: 1-5)

Berdasarkan petikan al-Qur’an tersebut maka tercetuslah ADAB iaitu akronim (gabungan huruf-huruf pertama) dari ‘Ada Dakwat Ada Bicara’. Konsep asasnya adalah menjalinkan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW untuk dipraktiskan dalam kehidupan masyarakat seharian; seterusnya membentuk budaya negara. Masyarakat yang beradab akan membentuk bangsa yang maju dan berbudaya tinggi.

ADAB diinspirasikan ke dalam buku catatan sebagai satu usaha memupuk budaya menulis dan mengembangkan ilmu dalam kalangan masyarakat. Penulisan antara salah satu usaha memelihara ilmu dan seterusnya dikongsi bersama orang lain. Justeru buku catatan ini bukan sahaja dijadikan koleksi ilmu yang dipelajari ataupun coretan pengalaman hidup peribadi, tetapi menjadi wasilah menyebarkan dakwah di muka bumi. Tersedia di dalamnya beberapa ruangan praktis supaya pemilik ADAB ini boleh mempelajari langkah awal menulis dan berkongsi idea yang bermanfaat.

One thought on “Apa Itu ADAB?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *